|
Post by PakTam on Jul 20, 2005 8:41:47 GMT 8
Copy Paste dari forum bicara-tabligh.
saya telah berkahwin selama 4 tahun. selepas 2 tahun belum ada apa-apa tanda. banyak juga berbelanja berubat cara moden. akhirnya saya mendapat satu petua yang saya terbaca disebuah majalah yang saya kurang ingat tetapi petuanya cukup mudah.
petuanya ialah APA BILA KITA BERSAMA MULAKAN DENGAN BISMILLAH. APA BILA HENDAK 'PANCUT' SUAMI LAFAZ 'LA ILA HA ILLAH' DAN ISTERI SAMBUT DENGAN 'MUHAMADARASUL LULLAH'.
alhamdulillah saya telah mempunyai seorang anak selepas sebulan mengamalkan nya dan untuk pengetahuan semua sahabat maya disini esok 08.10.04 saya akan menghantar isteri saya ke pusat perubatan untuk membolehkan doktor membantu isteri saya melahirkan anak kedua kerana dah melebihi tempoh yang sepatutnya.
harap para sahabat dapat doakan keselamatan kami anak beranak.
amin
Copy Paste dari forum bicara-tabligh.
|
|
|
Post by PakTam on Jul 20, 2005 8:42:51 GMT 8
PENGALAMAN KEDUA: A'kum Semua, Ana selepas kahwin 7 tahun baru dapat anak yang pertama. Sebelum tu memang mujahadah. Lebi-lebih lagi mujahadah perasaan. Bertambah parah bila dikutuk oleh kawan-kawan kat office. Ana ada pergi berjumpa dengan doktor pakar sakit puan apabila digesa oleh keluarga dan kawan-kawan. keputusanya kata doktor tu ana tak akan dapat anak sebab peranakan ahlia ana sempit. Ianya hanya boleh apabila di buat operation. Itulah kata-kata doktor tu. Selepas tu ana dan ahlia pergi keluar 40 hari masturat kat India. Selepas balik alhamdulillah iman okay. Selalu bayan dan tashkil Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Kadang-kadang terfikir, kita selalu bayan dan cakap Allah berkuasa makhluk tiada kuasa. Apakah cakap kita tak serupa bikin. Ramai kawan-kawan makin kutuk. Ada yang suroh jumpa bomoh, dukun dan lain-lain. Kata mereka ikhtiar syeikh. Tak kan dok doa je! tak kan dok solat hajat je! Kata-kata mereka ni menambah kuat ana dan ahlia akan usaha melalui amalan sahaja. Dan ana dan ahlia selalu doa agar perantaraan amalan ni jadi asbab hidayat kepada orang lain. Bukan asbab bomoh, dukun mau pun doktor pakar. Kan dalam kitab taklim ada disebutkan perantaraan solat dan sabar. Ana dan ahlia nekat akan melalui amalan sahaja jalan penyelesaian segala masaalah. Ana mulakan amalan seperti di bawah br] - Solat hajat 12 rokaat dengan disudahi dengan fatihah 7 kali , ayat kursi 7 kali dan Lailahailallah wahdahu la syarikalahu..........sampai kullisyainqadir. 10 kali ( Rasa ini kaedah yang diajarkan oleh Ibn Abbas ra di dalam Tambihul Khafilin ) - Bacakan ayat 47 dan 48 dalam surah Az Zariat. Mulakan dengan ayat 48 yang dimulai dengan 'Wassama abanaina ha... kemudian di tiup kepada gula-gula atau buah badam ke. Kemudian kita makan. Lepas tu baru baca ayat 47 yang dimulai dengan 'Wal ardha farash na.... kemudian di tiup pada gula-gula atau badam dan bagi ahlia kita makan. Lepas tu boleh le "buat hubungan" dengan adab dan doa sunnah. ( Ini ana dapat dari Al Marhum Maulana Said Ahmad Khan di Pakistan ) - Selalu doakan ketika selesai solat hajat tadi atau mana solat tahajud yang kita laksanakan dengan doa " Wahai Allah berilah lah aku anak agar aku boleh merasakan nikmat keluar kejalan mu dengan meninggalkan anak dan isteri sebagaimana nabi mu tinggalkan serta kasih sayang kepada anak-anak sebagaimana nabimu sayangi". - Amalkan doa yang terdapat di dalam Al quran berkaitan mendapat zuriat. Kesudahanya ahlia ana mengandung dan melahirkan anak pada tahun ketujuh perkahwinan kami. Ana pun tak tahu amalan yang mana yang jadi asbab kami mendapat anak. Tapi yang jelasnya semua di atas tu telah dilaksanakan. Ini menjadi kejutan kepada kawan-kawan dan doktor yang membuat pemeriksaan. Kalau tak silap ana doktor Jamilah yang pi kat Iraq tu. Masa tu dia kat G.H. Lepas tu ramai yang datang dan bertanya macam mana boleh dapat anak maka selepas dakwah , kaedah di atas le yang ana ceritakan. Untuk ini " ALLAH MAHA BERKUASA MAKHLUK TIADA KUASA " Wasalam.
|
|
|
Post by PakTam on Nov 8, 2005 15:25:41 GMT 8
Rangkaian doa2 supaya mendapat zuriat.
Doa Untuk Mendapat Cahayamata " Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik" (Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).
Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.
|
|
|
Post by PakTam on Nov 8, 2005 15:30:22 GMT 8
Di sanalah Zakariya mendo'a kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar do'a". (Ali-Imran:38)
Menurut ustaz Ismail kamus, doa tersebut untuk mendapat zuriat yang cukup sifatnya. Sangat baik diamalkan untuk tujuan mendapat anak dan semasa isteri sedang hamil hingga melahirkan.
|
|
|
Post by sipenglipurlara on Apr 17, 2008 11:35:31 GMT 8
|
|
|
Post by PakTam on Jun 4, 2008 8:52:08 GMT 8
Bersama isteri waktu subur, paling baik hari ke 15 dari start datang haid
|
|
|
Post by PakTam on Jun 4, 2008 8:56:52 GMT 8
Sebab-sebab yang menghalang dari kehamilan antaranya: Isteri mengamalkan makan jamu. menyebabkan rahimnya menjadi panas dan tidak sesuai untuk pembenihan.
Rahim yang terlalu sejuk juga tidak sesuai untuk pembenihan, suhu yang natural adalah suhu yang sesuai.
|
|
|
Post by PakTam on Jun 4, 2008 8:58:13 GMT 8
Ada siapa lagi tak yang boleh tambah petua...silakanlah..
|
|
|
Post by PakTam on Dec 28, 2010 22:54:44 GMT 8
Petua dapat nak anak jantina apa.
Insyaallah, cara yang paling mudah berdoa setiap lepas solat selama 3 - 7 hari berturut-turut. Berdoa sebelum isteri hamil atau baru sahaja hamil.
|
|
|
Post by bijakbudget on May 11, 2011 15:52:28 GMT 8
Harap maaf ...IKLAN.... ESMIDA - serbuk penggilap kuku, menjadi trend terkini. Anda akan terpegun melihat kecantikan kuku anda yang tidak pernah anda lihat sebelum ini, gunakan serbuk ESMIDA untuk menjaga kebersihan, menggilap dan menyerlahkan warna kuku sebenar.Serbuk ESMIDA diperbuat dari bahan alam campuran dari dalam dan luar negara. Ia hanya serbuk penggilap dibuat, tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya. Selepas gilap cuci menggunakan air dan sabun, serbuk akan hilang dan kuku anda kelihatan bersih, berseri dan berkilauan asli. Sesuai untuk wanita berhias untuk suami atau bakal pengantin. Disamping itu ia juga lambang kebersihan peribadi.Hanya promosi RM10.00 sahaja, kos penghantaran adalah percuma. Kuku yang tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan ia berkarat atau terdapat hitam-hitam daki, oleh itu prihatinlah dalam bab menjaga kebersihan kuku. Gunakanlah serbuk ESMIDA. Setelah anda beli simpanlah didalam botol khas, satu packet boleh bertahan sehingga 6 bulan hingga 1 tahun mengikut kekerapan penggunaan. Seperti biasa, jauhkan dari kanak-kanak. Suci dan bersih, gunakan tanpa was-was!! Selamat mencuba!
|
|