Post by PakTam on Feb 25, 2005 11:25:12 GMT 8
Apakah Kurang Darah?
Kurang Darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa.Dalam istlah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus Haemoglobin.
Apakah yang menyebabkan Kurang Darah? Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
-Kurang memakan makanan yang lazat dan yang mengandungi zat besi
-Ibu yang kerap bersalin
-Jangkitan cacing
-Pendarahan dari faraj atau buasir
-Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing ,penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana seseorang tahu ia yang mengidap Kurang Darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah :-
-Kelihatan pucat
-Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
-Rasa mahu pitam bila bangun
-Sentiasa rasa pening
-Bengkak kaki dan muka
-Kebas kaki dan tangan
-Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Bagaimana Kurang Darah boleh d**esan?
Keadaan ini dapat d**esan awal jika puan datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja puan mengetahui yang puan mengandung
Semasa pemeriksaan , jururawat akan menguji setitik darah dari jari puan.
Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah puan kurang dari 9 gm peratus , puan dianggap mengalami kurang darah.
Apakah akibatnya apabila Kurang Darah ini tidak diambil berat?
-Puan mungkin mengalami keguguran
-Melahirkan anak tidak cukup bulan
-Anak mati dalam perut
-Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
-Puan mudah mendapat jangkitan penyakit
-Keluaran susu badan akan berkurangan
-Puan mudah mendapat penyakit lemah jantung
-Puan mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan puan serta kandungan puan dan boleh membawa MAUT
Bagaimanakah puan boleh mengatasi keadaan Kurang Darah ini?
Puan harus mengambil langkah-langkah berikut:-
-Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit
-Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian,telur,ikan basah,daging hati,kerang dan tauhu.
-Rehat dengan cukup
-Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila puan mengalami tanda-tanda kurang darah.
-Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
TINDAKAN ANDA BOLEH MENGATASI MASALAH KURANG DARAH DAN AKIBAT-AKIBATNYA.